Perancangan Menjadi Seorang Guru Yang Berfalsafah Berdasarkan Pembangunan Falsafah Pendidikan kebangsaan Untuk Pengajaran Generasi Alpha
Ekoran cabang falsafah yang sedia ada sememangnya boleh kita apply dalam realiti etika kehidupan manusia pada setiap landasan berkait mengenai segala perkara dan persoalan terhadap pengertian Falsafah Ilmu melalui definisi dan juga konsep.
Berdasarkan teori kefahaman saya sewaktu ODL (Open & Distance Learning) bersama Dr Sofurah, konsep falsafah pendidikan kebangsaan ini adalah sebuah pelaksanaan pendidikan yang tetap dan berhasrat melahirkan insan yang harmonis dan seimbang melalui perkembangan individu yang menyeluruh serta mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.
Dapat saya pelajari dan ketahui melalui pencarian maklumat di hujung jari sahaja bahawa pendidikan di Malaysia pada hari ini memerlukan guru
yang berefikasi tinggi bagi memenuhi kehendak pendidikan abad ke-21 memenuhi pembangunan pelaksanaan falsafah pendidikan TVET yang menggunakan pelbagai teknik kemahiran di mana mengikut aliran cabang proses pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan dengan penekanan utama terhadap amalan industri yang berteknologi kini. Salah satu dimensi penting dalam efikasi
kendiri guru ialah strategi pengajaran adalah seperti berikut:
|
Peranan |
Strategi |
Matlamat |
|
Guru-guru perlu menguasai teknik dan strategi
pengajaran terkini memandangkan pelajargenerasi Z dan alpha mempunyai kecenderungan
pembelajaran yang berbeza berbanding generasi X dan Y |
Pengajaran
berasaskan telekomunikasi semasa
masih digunakan apabila terdapat
banyak sumber saluran berkembang pesat untuk digunakan sepenuhnya serta
diaplikasikan dalam proses
pengajaran. |
Bertujuan
menganalisis bentuk-bentuk kecenderungan pelajar
generasi Z terhadap
proses pembelajaran dan
strategi-strategi terkini
yang boleh diaplikasi
oleh guru-guru. |
|
Guru-guru di Malaysia dapat melakukan anjakan
paradigma dalam proses
penyampaian ilmu kepada
generasi Z dan
alpha agar selari dengan arus
pendidikan revolusi 4.0 |
Kaedah kualitatif yang menggunakan pendekatan analisis
kandungan sebagai metodologi
kajian. |
Dapatan boleh menunjukkan bahawa kecenderungan
pelajar generasi Z dan alpha terhadap pembelajaran melalui kaedah gamifikasi
dan penggunaaan alat telekomunikasi moden
lebih menarik minat
murid berbanding pembelajaran menggunakan kaedah
tradisional. |
|
Efikasi
kendiri guru yang
terdiri daripada elemen
strategi pengajaran,
penglibatan murid dan pengurusan kelas ketika guru mengajar akan mempengaruhi
pencapaian pelajar |
Memberi
beberapa implikasi terhadap
pencapaian muri apabila guru
berefikasi tinggi sentiasa
berusaha untuk merancang
dan melaksanakan kaedah pengajaran yang
baharu, khususnya teknik
pengajaran yang mencabar. |
Mencenderung para pelajar menggunakan pelbagai pendekatan
pengurusan kelas yang boleh merangsang kawalan autonomi dan memberi peluang
kepada pelajar agar terlibat dengan
tugasan pembelajaran lantas perkara
ini akan menyumbang kepada peningkatan pencapaian pelajar. |
Perkaitan jadual dengan teori falsafah yang membentuk FPK ↓↓↓
"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yag berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara".
Pada segi pemikiran saya, apabila saya hendak menjadi seorang guru yang
berfalsafah kelak, saya perlu tanamkan dalam diri mendominasikan bentuk
pembelajaran yang efektif terhadap pelajar saya dengan melakukan strategi pengajaran
yang bersesuaian dengan aliran teori falsafah yang dipegang oleh ciri-ciri individu
pelajar yang bebeza-beza. Hal ini demikian kerana pemahaman melalui setiap cara
tersebut akan sampai sewaktu mengajar dan perkara yang paling penting adalah saya
perlu tahu secara lebih teliti dan terperinci konsep pembahagian teori falsafah,
memahami seluruh teori falsafah moden yang terdiri daripada idealisme dan
realisme manakala falsafah tradisional adalah pragmatisme dan eksistensialisme. Dalam
pada itu, mengamalkan falsafah islam dalam Tarbiah, Ta’dib dan Ta’lim jangan
sesekali diketepikan kerana semua perihal tersebut menjelaskan tingkah laku
yang baik untuk disampaikan kepada para pelajar supaya dapat digunakan dalam
kehidupan dengan aliran pemikiran dan amalan yang betul. Bersikap telus, berpekerti
mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara
serta menyanjung warisan kebudayaan negara dapat menjamin perkembangan individu
dalam memelihara suatu masyarakat yang bersatu-padu, demokratik, progresif dengan
cara konsisten dan berdisiplin adalah sifat
yang perlu dipupuk oleh menjadi seseorang pendidik begitu juga makluman peringatan
mesra buat saya. Justeru, pendidik
Pendirian saya lebih berpegang utama kepada idea teori falsafah idealisme dan pragmatisme. Namun begitu, teori falsafah selebihnya berkemungkinan mengalami percentage yang agak kurang sedikit. Itu bukan alasan untuk jadi masalah buat saya mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran bersama pelajar yang berlainan prinsip aliran teori falsafahnya nanti kerana terdapat beberapa kaedah dan strategi perancangan yang hendak saya lakukan di dalam kelas untuk mencapai prestasi pelajar dengan baik.
Penilaian bergantung kepada berkaitan dengan pemindahan dan pembinaan
ilmu, seni, kemahiran dan nilai kepada pelajar dengan cara kuliah, tunjuk ajar,
teladan, nasihat, indoktrinasi, amali, bekerja bersama, berhujah dan berdiskusi
sehingga terpahat dalam minda, pekerti dan perlakuan individu itu perkara yang
dikehendaki. Walaubagimanapun, terdapat dua kata yang boleh menunjukkan
perilaku dan watak yang dibawa oleh seorang pendidik itu relevan dari segi
pemikiran dan amalan adalah berdasarkan sikap profesion keguruan tersebut bukan sahaja berkaitan
dengan apa yang dikatakan sebagai pendidikan ilmu (knowledge education) malahan
berkaitan dengan pendidikan karekter (character education) menjadi keutamaan dalam
organisasi sendiri dan menjadi pendorong yang kuat bukan hanya dari segi
penanaman nilai-nilai moral bahkan akhlak insaniah yang murni dan bermutu
tinggi di kalangan pelajar.
Dalam membangunkan pelajar menjadi insan yang berguna suatu hari nanti sebagai tenaga manusia yang komited kepada
kerjanya yang dedikasi, bertanggungjawab dan sentiasa peka kepada peningkatan
prestasi kita sebagai seorang pendidik. Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Sesungguhnya Allah suka apabila seorang itu bekerja maka ia tekun dan teliti”
(iaitu berkerja dengan cekap dan bersungguh-sungguh)
Oleh itu, gambaran bagi kata-kata pujangga ini adalah membawa suatu keadaan yang realiti dalam merevolusikan kemahiran secara praktikal dapat dilakukan sebaik-baiknya dan penerokaan ilmu itu juga perlu untuk pelajar sendiri dapat mengecapi matlamat prestasi daripada bersikap medeokritik kepada proaktif yang lebih menghargai orang terdahulu melalui perspektif pendidikan yang diperoleh secara response and reaction. Persediaan awal sememangnya perancangan yang sangat penting dengan adanya pengalaman menggambarkan realiti dalam menyelesaikan masalah. Di samping itu, saya ini juga lebih gemar berhadapan dengan situasi dan keadaan yang sebenar apabila kita sendiri dapat berinteraksi dengan manusia sesama manusia, meneroka alam persekitaran dan mempunyai hubungan erat dengan masyarakat mengikut nilai murni dalam kebudayaan tersebut. Bagi meluaskan pengetahuan dan pengalaman anak didik saya nanti, saya akan cuba membuat sesuatu perkara yang bernilai dan bermoral untuk mereka menggunakan seluruh pancaindera dengan adakan program-program khusus seperti kem jati diri, kursus pengurusan akademik dan kokurikulum, lawatan ke tempat-tempat yang mempunyai khazanah negara, dan mengajar mencari idea dalam usaha penghasilan ilham dan ilmu keusahawan supaya mereka dapat menilai kebergantungan kepada apa yang ditetapkan oleh tuntutan agama meliputi pengajaran dan pembelajaran secara terkesan.
Sekian sahaja daripada saya. Terima kasih. ❤


Ulasan
Catat Ulasan