KARYA PHILO-SOPHIA

 

Lemah gemalai lenggokan Seri,
Sendayu lampai menongkah nan senja;
Kata pujangga mutiara arti,
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada kesempatan ini, izinkan saya memperkenalkan terlebih dahulu serba sedikit, tentang maklumat peribadi di mana saya bersama-sama rakan-rakan yang lain sedang berjihad di jalan-Nya yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Elektrik Dan Elektronik) Dengan Kepujian dan sedang menuntut ilmu di institut pengajian tinggi yang terkenal dan antara universiti berfokus terbaik di Malaysia, iaitu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, UTHM pada kemasukan Tahun 1 2020/2021. Nama diberi Nur Izzati Binti Hassan bernombor matriks CB190249, berada di dalam program BBE, Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional,FPTV. Kebiasaannya ramai yang panggil saya dengan nama singkatan, Zati.

 (For background sound only)

Baiklah, suka saya nak share siapa insan kerdil ini antaranya ialah saya lahir pada 14 Januari 1998 dan merupakan kelahiran anak jati Johor (Luaskan Kuasamu JDT). Anak bongsu daripada dua adik-beradik dan hanya memiliki seorang kakak yang berumur 25 tahun, tidak begitu jauh jarak kelahiran maka hubungan kami sangat akrab ‘bagai isi dengan kuku’ dan ia tak membawa makna saya anak emas keluarga namun sebaliknya kerana ibu ayah memberikan kami kasih sayang sama rata sejak kecil lagi. Beliau juga merupakan seorang pelajar UTHM di FPTV juga dan kini sudah berada di tahun ke-3. Ibu saya 47 tahun merupakan surirumahtangga manakala ayah saya 56 tahun bekerja sebagai pemandu lori treler hampir lebih 30 tahun. Kami sekeluarga tinggal bersama di teratak kecil kami di Taman Orkid, Pekan Parit Yaani, Yong Peng, Johor. Di samping itu, Zati sangat interest melakukan pelbagai aktiviti bersama orang-orang di sekeliling saya seperti travelling, baking dan macam-macam lagi. Lagi-lagi pada awal bulan April waktu pandemik Coronavirus 2019 hari itu, telah memberi peluang kepada kami untuk meluaskan minat dengan menjual kek Brownies dan beberapa jenis kek yang lain dan Alhamdulillah dapat keuntungan walaupun tidak banyak tetapi sangat nikmat hasilnya oleh kerana boleh mengamalkan sunnah yang diajar oleh Rasullullah untuk berniaga walaupun hanya sekadar kecil-kecilan. Semua hal ini juga adalah atas keizinan dan support daripada ahli keluarga yang amat saya hargai kerana perkara ini sangat penting untuk mencapai sesuatu itu dengan adanya keberkatan sesuatu pencarian adalah dengan lebih baik. Dalam pada itu,pada peringkat usia kanak-kanak Zati bercita-cita untuk menjadi seorang Doktor, tetapi apabila masuk ke alam persekolahan menengah, Zati cuba untuk berubah memilih ke arah kerjaya sebagai seorang pendidik. Bukan apa, pendidik ini diibaratkan seperti ‘lilin yang membakar diri’ demi anak muridnya memperoleh ilmu serta pengetahuan untuk digunakan sepanjang hayatnya nanti. Namun rezeki tidak menyebelahi sewaktu lepasan SPM untuk terus memasuki Institut Pendidikan Guru, namun akhirnya mendapat tawaran untuk sambung pengajian di Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang dalam Program Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik selama 3 tahun. Selepas itu, Zati terus menyambung pengajian ke peringkat ijazah setelah tamat Latihan Industri semester akhir diploma pada tahun 2019. Sebenarnya, Zati mengambil masa selama setahun dengan memulakan Ijazah Sarjana Muda Elektronik Dengan Kepujian di UTHM ini juga dan langkah seterusnya baru berkesempatan untuk memenuhi cita-cita  menjadi seorang pendidik dengan menukar program BBE di FPTV. Saya telah mengambil langkah tersebut kerana sudah lama saya impikan untuk diterima permohonan dalam bidang pendidikan namun seringkali tidak berkesempatan apabila gagal penerimaan permohonan berkali-kali sewaktu mengisi kemasukan pelajar di sistem UPU. Itu bukan penghalang semangat saya, sokongan ibu dan ayah yang sentiasa menasihatkan saya untuk bersabar dan mencari alternatif lain sangat membantu di mana akhirnya pihak universiti memberi kelulusan dan membenarkan saya untuk menukar program yang sejak dahulu saya minati. Hal ini membuka minda saya bahawa sesuatu perkara yang kita nak tidak semestinya datang serta merta tanpa D.U.I.T. (Doa, Usha, Ikhtiar dan Tawakal) dan perlu konsisten dalam mengikuti perjalanan hidup serta tidak mudah berputus-asa. Zati tidak tahu macam mana nak gambarkan apabila Zati telah berada dalam suasana pembelajaran di FPTV, Zati berasa bersyukur sebab diperkenankan doa oleh Allah SWT, gembira dan mahu bersungguh-sungguh untuk melakukan sebaik mungkin  mempelajari bidang pendidikan yang se
karang ini dan menetapkan falsafah dalam diri bagaimana cara mendatangkan aura yang positif dan proaktif apabila menjadi seorang pendidik serta mampu memberikan input yang efektif dan efisien terhadap anak bangsa suatu hari nanti.

  Topik 1 
  Kembali kepada ulasan utama, bermula lah semester ini, saya juga telah ditawarkan untuk mempelajari subjek Falsafah Pendidikan bersama seorang pendidik yang berketrampilan, tegas, ayu dan mempunyai sifat kemesraan ketika mengajar, iaitu Dr Nur Sofurah Binti Mohd Faiz. Subjek tersebut merujuk kepada suatu elemen pegangan falsafah selain dalam bidang pendidikan juga malah menerangkan sebahagian daripada aspek keseluruhan yang penting boleh juga dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Zati ni tak lah dikira sebagai seorang yang berfalsafah namun saya ada pegangan hidup saya sendiri demi meneroka dan menuju pencapaian kehidupan bermotivasi dan sejahtera. Zati sebenarnya sedang berazam untuk menjadi seorang cikgu atau pengajar yang boleh merealisasikan kesinambungan ilmu yang pernah Zati perolehi akan dimanfaatkan oleh generasi baru dari pelbagai segi dapatan tunjang ilmiah di mana-mana sekalipun. Apabila kita meningkat dewasa, kita akan mengalami perubahan dari segi pertumbuhan dan perkembangan, tanpa kita sedar bahawa persekitaran sekeliling amat mempengaruhi seperti suasana keadaan, keluarga, rakan sebaya, masyarakat dan hubungan sosial yang lain.Namun jangan sesekali kita tidak berpaksikan ketuhanan kerana selok belok kerohanian bermula dengan perkara yang menekan soal agama perlu diutamakan sebenarnya. 

    Perasaan dalam kendiri ini lah yang boleh mencorakkan dari segi kelakuan dan personaliti kita secara optimum. Dengan kemampuan diri sendiri jugalah yang dapat mengawal tingkah laku, tanggungjawab dan keperibadian seseorang itu sama ada untuk menjadi baik mahupun lebih baik.
Diri ini umpama seekor rama-rama yang memiliki sayap yang cantik, ia sendiri tidak dapat melihat kecantikannya sendiri bahkan sama seperti diri kita yang tidak boleh melihat kemampuan kita untuk mengharungi cabaran dan dugaan yang diberi selama ini.


Dalam kata erti lain tidak pernah ada ungkapan 'salah tetap salah' tetapi amalan yang betul boleh memberi kesedaran dan impak yang positif untuk tujuan yang lebih munasabah. Ada banyak juga kekurangan saya apabila kita bergaul dan sudah dikenali dengan orang ramai namun boleh kita ubah persepsi dan potensi untuk sebahagian besar berhadapan juga dengan masalah duniawi dan sesekali menyumbang dalam keharmonian dan kemakmuran masyarakat sejagat. Dalam hidup Zati, slogan yang menjadi pegangan hidup saya selama ini adalah “Bantulah diri sendiri untuk bantu orang lain”, yang memberi seribu satu makna bagi pemikiran untuk bertindak perbaiki diri sendiri agar boleh mendidik dan berjasa demi membangunkan anak bangsa, agama dan negara kelak. 

Sekian dahulu sharing is caring daripada Zati. Sampai bersua kembali. 

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

IDOLA

Perancangan Menjadi Seorang Guru Yang Berfalsafah Berdasarkan Pembangunan Falsafah Pendidikan kebangsaan Untuk Pengajaran Generasi Alpha