IDOLA
Role Model
Aksiologi menggalakkan kita untuk memperoleh personaliti diri kita mesti kena ade effort yang kuat atas pendirian dan own aliran kita sendiri. Yang paling penting depends pada diri sendiri tu dahulu, bukan untuk dapatkan pujian atau pun merintih dambaan daripada orang sekeliling. Dalam kehidupan ni, takde perkara yang kita sama dengan orang lain, ada yang baik datang kat kita, ada yang buruk datang kat dia, dan juga sebaliknya. Tak pernah juga kita terfikir yang ada orang pandang kita lebih baik daripada dia. Macam tu juga dengan kita. Kita mesti ada satu orang yang boleh kita nampak dan boleh kita jadikan dia sebagai role model atau idola yang kita memang nak jadi macam dia oneday nanti. Daripada pertuturan dia, gerak geri dia, ilmu dia, semua kita nak ikut. Tapi takde satu kata yang kita nak cakap, tak boleh jadi macam dia. Tak boleh cakap macam tu, sebab apa? Sebab kita juga boleh jadi macam dia apabila kita kenali dan perbaiki diri kita untuk jadi yang lebih baik. Tak semua orang boleh capai satu matlamat dengan satu cabang aliran falsafah sahaja. Sebab tu lah dapat dikatakan dengan jari tak sama panjang,rambut tak sama hitam.
Biar saya jelaskan apa maksud gambaran dalam personaliti
role model bagi saya berdasarkan ciri-ciri:
ØSeorang
pendidik yang berfalsafah
ØBerfikiran
terbuka demi membentuk idea berdasarkan penelitian setiap tindakannya.
ØRuang
fikiran dipenuhi kejernihan ilmu.
Melalui perkataan dalam kata-kata saya ni, antara banyak-banyak guru yang mengajar saya, salah seorang daripada mereka telah saya pilih cikgu untuk menjadi idola saya. Kerana apa? Kerana beliau telah banyak membimbing saya bukan sahaja dari segi luaran dan dalaman malah boleh memberi nasihat berdasarkan penjagaan kesihatan jasmani, pengawalan emosi, pengisian rohani dan dorongan intelek dengan komuniti sama seperti cara seorang ibu memberi tunjuk ajar kepada anaknya masa kat sekolah dahulu dan sampai sekarang masih contact to each other. Sebenarnya, beliau tak pernah pun mengajar saya di dalam kelas, beliau juga tak pernah pun mengajar subjek-subjek asas tertentu mahupun elektif disebabkan saya suka dengan beliau ni atas permulaan perhubungan melalui organisasi yang dipimpin oleh beliau sepanjang saya menjadi Pengawas dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) sekolah. Nama diberi Puan Ana Afzan Binti Arshad dengan nama mesra dipanggil Cikgu AA merangkap guru kaunselor yang berdedikasi, penyabar, penyanyang dan tak lokek ilmu pun dengan semua pelajar di sekolah menengah saya dahulu. Senang kata sangat disenangi dan disegani. Sudah berumahtangga dan saya tahu mesti banyak pengalaman beliau dalam mengajar di sekolah, pengurusan antara keluarga dan ada hubungan pengaruh yang kuat dalam bidang falsafah ini. Beliau sudah lama menceburi bidang kerjaya perguruan sejak tahun 2007 dan beliau mula posting lalu berhijrah di sekolah saya pada tahun 2012 tapi sebelum itu beliau pernah berkhimat di sebuah sekolah di Kuantan. Sewaktu saya mula mengenalinya pada masa itu, saya masih lagi menjadi pelajar angkatan (lower form) di tingkatan 2. Sekolah saya ada 3 orang kaunselor tetapi beliau antara guru kaunselor yang paling saya selesa untuk berhubung sama ada perihal organisasi pengawas mahupun PRS kerana mungkin aliran perspektif kami sama mengenai pandangan yang wajar, bukan sesuatu dengan memperkirakan bahagian-bahagiannya dalam hubungan keseluruhan sesama guru, pelajar dan ibu bapa. She is a very professional teacher. Biasa lah duduk asrama kan dulu, mesti ada masalah budak-budak ni kan.
Nak cerita sikit lah eh, tak bermakna saya bermasalah atau dibuli apabila saya selesa berjumpa kaunselor kan, saya cuma ingin tahu melalui pihak yang lebih arif, cara mereka membuat peyelesaian yang lebih jelas untuk mengatasi gejala-gejala negatif yang dibawa oleh pelajar terdahulu dari terus menjadi ikutan berlaku pada junior-junior seterusnya untuk kebaikan semua pihak. Dulu, kalau pelajar lelaki saya kurang pasti bagaimana keadaan buli atau ragging pada mereka, tapi apa yang saya nampak berlaku dalam kalangan pelajar puteri adalah buli mental. Seperti contoh, cakap belakang kemudian racist, pulau memulau (dalam istilah yang biasa digunakan kat sekolah adalah band), settle junior dalam kelompok senior, haa tu yang biasalah. Hahahaha (that was funny to remember). Bukan ni perkara utama yang harus diceritakan sebenarnya namun sekadar kesedaran macam mana kita nak menilai diri kita pada situasi tersebut yang mengajar kita erti kehidupan. Berbalik kepada siapa role model saya tadi. Saya nampak beliau ni merupakan seorang yang memahami dan tegas dalam semua aspek yang mendorong auranya untuk setiap pelajar macam saya ni jangan sesekali mengganggap epistemologi tu hanya sekadar belajar mempertimbangkan perkara yang benar namun kena jadikan perihal tu sebagai amalan yang mencorak kebaikan bagi aspek fizikal dan mental pada diri sendiri. Guru diibaratkan seperti lilin yang membakar diri menerangi haluan yang kelam boleh membangun hidup semula dengan diagnosis kualiti falsafah to be A Great Teacher. Cikgu Ana pernah berkata kepada saya sama bunyi lebih kurang macam ni
“kegagalan mencipta kecemasan, tindakan membimbing keemasan”.
Yang saya faham daripada ungkapan tersebut dan boleh membawa kata sama erti lain apabila kita sukar mencapai matlamat, kita kena cepat-cepat sedar kat mana kesilapan kita, manakala lakukanlah apa jua cara sekalipun selagi perkara-perkara itu tidak mematahkan semangat kita, dan akan mendorong cabaran tersebut dengan cara berfalsafah seperti membentuk idea yang lebih lengkap, berkonsisten, berpandukan metafizik dan logik kemudian menyebarkan idea seperti taburan abu dalam sesebuah gelanggang ilmu walaupun secara rawak tetapi masih ade nilai-nilai dalam paksinya . Antara ciri-ciri dalam diri bagi seorang pendidik adalah seperti berikut:
Dulu,bile time free rehat je cepat-cepat pergi office dia kat tingkat 4 paling atas hujung sekali bilik UBK (Unit Bimbingn dan Kaunseling) tu memamng suka melepak dengan member saya lagi seorang ni Nad nama dia. Kiteorang rajin nau nak tolong dia kemas dan susun file-file, takpun buat something yang worth untuk UBK macam perancangan program orientasi pengambilan tingkatan 1dan tingkatan 4 baharu serta cadangan macam nak buat program batchmate ke, lawatan sambil belajar ke atau usulkan program kursus motivasi dengan sekolah-sekolah lain. Haa kat situ jugalah saya belajar macam mana nak handle program dan event yang dalam masa yang sama kiteorang explore dunia luar. Budak asrama kan, terperuk belajar je kat sekolah geram je bile masanye lah nak join aktiviti yang keluar daripada sekolah. Dapat jejak je melangkah, fuhh dia punya semangat nak bawa nama Sekolah Menengah Sains Johor ni macam suatu kuasa besar rahmat dah. Yelah kalau sekolah berasrama penuh ni, nak balik sebulan sekali tu pon belum tentu. Lagi-lagi yang duduk jauh tu kan. Tapi takpelah pengalaman dan kenangan ini yang paling susah nak lenyap dari ingatan selama 5 tahun belajar, duduk, makan, tidur sesama dengan kawan-kawan.Suatu hari ni, saya pernah stay kat rumah dia seminggu, masa tu dah habis SPM kat sekolah dah pun . Nak ikut dia punya program kolaborasi antara guru dan pelajar dari Indonesia punya pasal. Jadi dalam masa yang sama, saya dapat bantu dia menguruskan penempatan guru-guru dan pelajar-pelajar di asrama, lawatan di sekitar bandar Kluang, dan waktu tu juga sekolah ada mengadakan Hari Sukan Balapan dan Padang peringkat sekolah. So, tu antara pengalaman terakhir saya dengan Cikgu Ana dan adik-adik junior di sekolah sebelum saya sambung pengajian ke peringkat IPT.


Ulasan
Catat Ulasan