KARYA PHILO-SOPHIA
Lemah gemalai lenggokan Seri , Sendayu lampai menongkah nan senja; Kata pujangga mutiara arti, Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada kesempatan ini, izinkan saya memperkenalkan terlebih dahulu serba sedikit, tentang maklumat peribadi di mana saya bersama-sama rakan-rakan yang lain sedang berjihad di jalan-Nya yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Elektrik Dan Elektronik) Dengan Kepujian dan sedang menuntut ilmu di institut pengajian tinggi yang terkenal dan antara universiti berfokus terbaik di Malaysia, iaitu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, UTHM pada kemasukan Tahun 1 2020/2021. Nama diberi Nur Izzati Binti Hassan bernombor matriks CB190249, berada di dalam progr am BBE, Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional,FPTV. Kebiasaannya ramai yang panggil saya dengan nama singkatan, Zati. ( For background sound only ) Baiklah, suka saya nak share siapa insan kerdil ini antaranya ialah saya lahir pada 14 Januari 1998 dan merupakan kelahiran...